**if u can't give any goods to other, please don't give trouble neither**

WELCOME!!!

tengs follow. =)

Sunday, December 26, 2010

langkah bernyawa::

*erm...*

cuba kau terapkan
satu langkah kakimu bertapak, memijak
dengan satu pujian pada Allah.
Setiap kaki yang dikerakkan atas bumi itu
pasti 'bernyawa'.

dan tidak terlambatkan? sebelum seluruh anggotamu
yang bergantian menjadi kerakan di dalam bumi.



Langkah bernyawa.
Tak susahkan? =)
Aku percaya, ia lebih bermakna.

insyaAllah..

Monday, December 20, 2010

perca::

biarpun hatiku kau siat bagai kain perca,
aku akan simpan sisanya sampai
kau datang dan anyam semula menjadi
cinta.

maha::

Aku berzikir di atas zat-zatMu.
Meratap setiap tinggi sifat-sifat itu.
Yang Maha segala suatu.
Dan aku ini ibarat zarah paling kerdil yang terlalu dikit bagi Kamu.
Maka serakkanlah sifat mahmudahMu.
Dan terapkan dalam jiwa kudusku.
Tak tertadah segala langit menempiaskan kurnia nikmatMu.

Kau segala Maha..

Tuesday, December 14, 2010

kelibat::

jika kau diutuskan untuk aku
dan tujuan mu untuk memesongkan aku.
maka pergilah!

jika kau tidak mahu.
jangan kata aku tak mampu menundukkan mu.

kerna aku berdiri di atas teras Illahi.
Tuhan kepada kamu.
dan berkat kurniaNya kepada aku.
tubir ayat-ayat suciNya, bersamaku.
dan Dia bersama aku.

dan jika kau hanya datang untuk melihat
singgah.
haruslah kau beredar dengan aman.
jangan ganggu kami sekalian anak cucu adam.
jangan sesarkan kami dari pedoman.
dan jangan kau sekali lakukan.

Pulang pada Tuhanmu..Lailahaillallah..
Tiada Tuhan yang disembah selain ALLAH.
Pergilah.


moga yang ternampak kan hilang, dan yang tidak ternampak kan terlindung.
Lindungi kami Ya Allah.

paling lama::

aku pandang dia..
dalam-dalam.
aku lihat dia..
lama-lama.
cantik...
aku renung dia, lama-lama.
seolah berkurun tak jumpa..
aku tenung dia, lama-lama.
bagai esok hujung nyawa..


Yang paling lama..
Yang paling lama..

Tuesday, December 7, 2010

terlewatkan::

pergilah.

aku takkan teriak nama kamu lagi.
dalam hati kecil ini.



bahagia selalu tau.kamu dalam doaku. =')

Thursday, December 2, 2010

sepi::

malam ini sepi..
tiada penemanku
tiada penidurku.
sepi berbalam hati.
duka menghakis pagi.
cepatlah Bumi.
putarkan matahari.
biar sepi ini pergi..

Thursday, November 25, 2010

chocolate heart::

I've not eaten my chocolate
in the fridge.
i promised it was hard like stone.
as hard as ur heart when it's cold.
but u know how damn much i love it
...when it's melt on my hands.
i suck my thumbs.
lick my fingers.
just to sure nothing's left.

when u melt my heart, i just cant leave u behind.


Wednesday, November 24, 2010

kan?::

ambil saja tali
dan jerutkan ke leher.
sampai lidah terjelir.
indah tubuh ini memarkir
dalam kuburan itu.

kau.puas hati kan?

Friday, November 19, 2010

examode::

ini nota yang perlu ditelan dalam masa 2 minggu ini tanpa study week.
terima kasih!




takut, tapi ia pasti tiba.




aku tiupkan niat ku
diatas jari-jemari kurniaMu ini
sama rasa paling kerdil
moga jalan terbentang
luas dilapangi
moga onar tak berbahagi tuk pergi
berkatilah aku Tuhan

permudahkanlah ya Rabbi, permudahkanlah ya Rahman, permudahkanlah ya Rahim..


doakan. =)

Wednesday, November 17, 2010

ambiguous::

I don't blame my soft skin when it's lacerated..
but I do blame on blade that hurt it.


simple phrase brought a big meaning.. do u get it? =)

Monday, November 15, 2010

kamu, selalu::

aku tak punya timbunan harta belanar,
dan aku juga tak punya rantaian permata nak diberi
untuk bahagiakan kamu..
tapi aku cuma ada hati yang sayang kamu selalu,
dan riaklah, kerna kamu lelaki yang punya tempat paling tinggi dalam hati aku.

olahlah bagaimana, aku tetap sayang kamu.

SELAMAT HARI ULANGTAHUN ABAH..


Wednesday, November 10, 2010

a bunch of thanx!!::


wahai akubukanpuitis,
lenggok bahasamu indah dibaca, lekat di jiwa, susun ayatmu membawa makna, menyentuh rasa, lalu mengajakku hanyut bersama dalam buaian kata-kata,
bermain di pinggir gelora kalbu...


wahai akubukan puitis,
puisiku lama sudah berkubur, tenggelam dalam onar dunia...
timbulnya sekali-sekala hanya untuk mencuri nafas sehela dua...
aku rindu puisiku setelah ku merenung bait-bait puisimu...

wahai akubukanpuitis,
ikhlas sungguh bicaramu, putih sungguh hasratmu...
mahu mendekati Yang Esa dalam cara yang berbeza...
mengagung kurnia-Nya terhadap hamba yang lemah...
tafakurmu dalam kesyahduan syair nukilanmu benar-benar menginsafkan dirik u...
yang juga amat rindu pada Yang Satu...

wahai akubukanpuitis,
terima kasih atas budimu...
menghembus nyawa pada puisiku...
mengusik manja naluri insani...
dan kini aku berani...
berani berpuisi lagi...

-Michiko Ohara-


dia telah mengarangkan ayat-ayat ini buat aku. terima kasih setinggi langit!!! =)

Sunday, November 7, 2010

pembunuh::

boleh lemas aku
dalam kepulan racun itu
asap yang punya lebih 4000 kimia bahaya
yang disedut enak terus ke liang paru
dan dihembus bangga tanpa secalit rasa ragu

dan biarkanlah orang keliling ini lelah
biarkanlah para ibu yang mengandung itu cacat janinnya
biarkanlah anak-anakmu mati muda
dan kau saja yang bernyawa dalam dilema.
dan tak salahkan kalau kau bunuh kami semua?
kau saja punya jawabnya.

wajar saja aku kata, kau pembunuh.

Thursday, November 4, 2010

gadis biasa::

lagak gadis biasa
senyum wajib lekat dimuka
gigi gusi belakang kira
semua perfect baginya
alis mata tak berat
bibir cantik tak pekat
yang penting kulitnya mulus hebat.

lagak gadis biasa
badan tak giur,
tak penuh lekak, tak penuh lekuk
namun masih keperempuan susuk
baju molek tak lekat ditubuh
jeans lusuh tapi tak sobek
tak cukup gaya dipikir
tak indah mata nak dilihat.

sehelai Pashmina tertadah dibahu
sekala terurai tak berdeku selalu
diangkat semula memarkir
sambil senyum manis diukir.

dia, gadis biasa.

Saturday, October 30, 2010

Monday, October 25, 2010

mencari::

penat merenung tembus ke langit mencari hangat si syamsu panas.
namun dia hanya perkhabarkan beritanya melalui sang bulan yang dingin.

Wednesday, October 20, 2010

dustakan aku::

dustakan saja hatimu yang merintih rindu.
katupkan saja mulutmu dari menasbih namaku.
putihkan matamu dari picisan wajah aku.
layankan saja egois lelaki selagi mau.

dan kau boleh..
simpankan aku dalam gerobok yang kau sorok paling dalam
atau biarkan saja aku hanyut di lautan penuh yu, nescaya aku takkan timbul.

Sunday, October 17, 2010

osmosis::

Bila otak ini sudah kering berkerakan akibat badai osmosis yang menggila dikeliling larutan pekat persis asid hidroklorik terhipertonik. Otak ini tertiarap berhenti denyut seketika.

Lagak bercerita baru yang tapi dak ada isi baliknya.

post ini takda cerita, tak perlu baca.

Thursday, October 14, 2010

sempurna::



Padahal yang ternampak segala kecantikan, kelebihan dan kesenangan padanya,
percayalah dia juga tak sesempurna mana.
Dan mungkin yang terkurang itu bukan tanda mereka kurang cantik,
cuma mereka kurang menzahirkan dengan sempurna sahaja.
Dan mereka yang cantik dan lengkap itu masih merendahkan akan kesempurnaan itu,
kerna mereka tahu, penciptanya mesti berjuta kali cantik darinya.

Allah Maha Adil..Allahua'lam.
tiada yang sempurna melainkan DIA.

Monday, October 11, 2010

termutlak::

maka dihimpun tujuh air mutlak di dunia.

"air yang suci lagi menyucikan.."

air hujan;
air sungai;
air laut;
air perigi;
air mata air;
air embun;
dan air salji.


Yang mana mampu sucikan diri ini....?
Yang termutlak.




Ampunkan aku Ya Hayyu, ampunkan aku Ya Qayyum..

Wednesday, October 6, 2010

wanita angin::

Gemini(22 Mei-21 Jun)
Libra(24 September-23 Oktober)
Aquarius(21 Januari-19 Februari).

  • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  • Dikenali dan diingati dgn sifat romantis dan sedikit kebudak-budakan.


Aku tergolong.
Soalnya, betulkah? =)



link to hana.

Tuesday, October 5, 2010

terima kasih::

Setelah berpuluh carta kau cipta,
akhirnya kau lelah menunggu.

Pergilah.tak apa..

Monday, October 4, 2010

akomodasi kekurangan::

ada satu perkara
yang aku fikirkan
mundar-mandir
belenggu aku, ekori selalu.

perkara ku kira paling besar
besarnya mampu tolak semua
kamu..

cinta

yang bila terbongkar itu,
dan ketahui aku akannya,
satu picis tak ku terima,
satu picis takkan ku terima,
satu picis tak aku akan terima..

satu hati pun tak ada,


hanya Dia.

Saturday, October 2, 2010

...

"jika aku tiada untuk menjaganya,
maka Kau lihat-lihatkanlah dia.."

Friday, October 1, 2010

magnetik::


"aku punya magnet kuat untuk hati besi kamu.."

"biar kutubnya beda, pasti terpaut jua"

Monday, September 27, 2010

27th September 2010

the date has come..

it is something, but it ends nothing.




and to be truth, i feel nothing..thoroughly.

tQ.

Tuesday, September 21, 2010

study::

Ini pasal aku masih belajar. Yup! Masih belajar..degree ku belum habis.



1) Kaca mata ku yang sentiasa melekap kemas atas tulang hidung.
Kalau tak, aku rabun.


2) Ini mukanya malas belajar. Pernah teriak "momy~~ may I not study????".
Wajiblah dimarah. Susah bagaimana, harus belajar juga. =p



3) Ini nota punyanya aku.
Ya, aku punya tulisan sangat hodoh (sila klik untuk tatapan lebih jelas).
Mau diceritakan, aku kelas dari 8 pagi sampai 5 petang,
paling-paling 5 jam kuliah berterusan.
Dan notaku selama 1 sem boleh lawan tebalnya KAMUS DEWAN!



4) Dan ini makhluk yang mampir seketika, tika aku belajar tempohari.
Si belalang!! Dia berjalan-jalan sesuka hatinya,
dan bila sampai ke leher..cis!! *geli*
Dia juga sempat menolong ku "highlight" nota.
Dia panjat sendiri. Aku biarkan aja.
Takda dosa.



5) Dan ini 'appliance' yang harus kami buat untuk gigi tak rata/crowding (certain cases).
Tak mampu cerita betapa susahnya. (-.-!)


Monday, September 20, 2010

soalan akhir nanti::

mengapa kau dustakan?
nikmat Tuhan yang mana kau sia-siakan?

dan kenapa yang bertangan itu sengaja di'kudung'kan?
dan kaki yang sempurna tercipta itu sengaja di'tempang'kan?

minta tolong.
minta digendong.
kalau tak, hanya dudok melopong.
apakah kerjanya kamu wahai hamba berpancaindera??


dan wahai manusia,
percayalah..
maka ini adalah satu deskripsi yang terpatri
nescaya usaha itu
sentiasa tangga pada jaya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (13:11)

sengal::

ini bukan cobaan
ini betol2


yang selalu dilabelkan

"kau sengal lah w***..."

dan untuk seberapa kalinya, aku masih terima. =)




benar::

kenapa harus bergulingan disitu?
di kamar hati aku

dan untuk kesekian kalinya,
rasa ini masih untuk kamu.


kamu.

Thursday, September 16, 2010

dream of guy::




Find a guy


who calls U beautiful instead of hot,

who calls U back when U hang up on him,
who wants to show U off to the world,

who holds ur hand in front of his friends,

who thinks U' re just as pretty without makeup on.

who is constantly reminding U of how much he car
es
& how lucky he is, to have U..


the one who turns to his friends & says, thats her.


p/s: i just love the quote! credit to wawa, for finding it! lalalaa~~ ^lurve^

pusingan::

diberi putaran dunia
aku mungkin diatas, kau dibawah
bila gelombang roda terputar
aku susut pula, kau ngesot juara.

ada masa kita suka
ada kala kita gulana
hadapilah ia kerna hidup
tak selalu manis,
dan tak indah
kalau takda perasa.

dan semat,
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

Tuesday, September 14, 2010

dongeng::

kalau saja aku anak raja
si tuan puteri indah berhias,
bersalut permata, bersalinan sutera.
mesti saja kau jauh
tak mau dekat
apatah bersahabat
mesti kau tak endah
mau pijak teratak besar
mau guling ketawa beria bersama

harus kau segan
tak mau pegang tangan
apatah berpimpinan
segala senyum disimpan
terkapan


nasib aku bukan itu
bukan demikian
kalau tak, aku tak sampai sini
tak setinggi begini
mungkin masih bayi
disumbat botol,
tak beri hentak kaki

nasib aku disini
rakyat jelata yang biasa
yang ada kau, ada dihati
dan
olengan misteri masih diberi
sudut sepi mata berahi
aku masih disini, rapi
kau pula segak disitu
ralat aku kalau tak ketemu
sungguh.




Wednesday, September 8, 2010

utusan seribu kemaafan::

(gambar diambil di masjid shah alam semasa iftar jama'e tempoh hari)



selamat hari raya aidilfitri untuk semua
=)


"maaf...jikaku, tidak sempurna...."



p/s: doakan saya agar dipermudahkan sesi klinik yang bakal dilalui sepenuhnya selepas cuti raya, permudah segala urusan, doakan kesejahteraan pesakit-pesakit dibawah jagaan & rawatan saya...moga saya mampu beri yang terbaik buat mereka! insyaAllah.. =)

Tuesday, September 7, 2010

debat::

aku mau nangis

sentiasa dipersembahkan pundakku menatang tangis

persembahkan dirimu untuk aku gigit

dah meluka semua inci diriku dek gigitan kamu

biar aku kemam dengan bibirku agar tak berdarah lagi luka-luka nakal itu

biar bernanar, lepuh luluh luka yang ku harung, kalau itu bisa buat kamu senyum

akan ku ubati setiap inci kesan-kesan luka, walau segaris calar tak ku biar di tubuhmu

untuk apa terjaganya aku, kalau cuma jadi picis-picis yang tak punya rasa

jadi mahu apa kau tatangkan pundakmu kalau kau tak mau merasa

kerna aku dilahirkan untuk jadi pemuja cinta yang jauh dari rasa

pemuja yang setia dak pernah kalah walau berdeku di kaki cinta

kalau itu yang terduga, maka itulah yang seharusnya

ku kibar kain putih melintasi angin sambil putarkan senyum pada kamu, kau hebat

dan ayat terakhir masih perlihat uniknya bahasamu

Saturday, September 4, 2010

konsolidasi::


wahai labah-labah dermawan
penuhkan sesawang di alis mataku ini
biar aku pejam erat sepenuhnya dengan gembira

wahai sang lebah
tolong ambil madumu itu
calitkan sedikit saja di mulutku
sedikit saja, gusar aku terlebih manis
agar aku bisa senyum kala lena

wahai kamu kucing
yang bijak mengurut-urut
tolong pijak dahiku dengan telapak comelmu
agar aku tidak pening dan berkerut kening
dalam tidurku. walau mimpi buruk berkunjung.



TERIMA KASIH SEMUA~~ =)

Wednesday, September 1, 2010

beku mata::

hey kamu!
tolong!

tolong ambilkan lidi.
pencungkil gigi pun jadi.
aku mau tongkat mata aku ini.

atau kau rajin?
ambil seurat benang.
tolong ikat kelopak mataku ke atas.




penat sengkang mata, tadah telinga
baca nota.
hurghhh...

Saturday, August 28, 2010

esakku::

buruknya aku, sembunyikan diri

hanya mampu tangis bawah jirusan air
ya! mana lagi! bilik air!
supaya tak kedengaran, tak kelihatan.
keluarnya kamar kecil itu,
mata hidung semua merah segala.
masih mampu selindung
"mandi lama..sabun masuk mata"

hanya mampu tangis tika bertelekung
ya..masa aku bersujud
di bilik kosong, sendiri saja.
baru esak ku hamburkan.

hanya mampu tangis
di depan al-Quran
sambil menusuri bacaan-bacaan.
habis lencun kaca mata, basah.
bahkan helaian-helaian itu,
Allahu akbar..maaf ya Tuhan.

aku cuma pingin kekuatanMu.



apa ini dikata hipokrit??
kerna cuba sembunyi di balik dinding,
nangis sendiri, teriakan sendiri.

atau ini dikata kuat? kerna
mereka tak tau apa yang tersirat
bangkit dari tabir, dan senyum kembali.
macam tak ada apa yang jadi.


marah la aku..maki lah aku..
aku senyumkan saja..sampai 'akhir'ku.
meski skali itu pun, kau mesti kesal dengan tingkahmu.

Thursday, August 26, 2010

tatap::


Langit mendung aku ratap.
Penuh syahdu, penuh harap.

Sampai kapan mampu lihat.
Angan kosong terkutat-kutat.
Harap pulang penuh senyum.
Bukan kilat, bukan mendung.

Merdu kasih, lerai kasih.
Nada kisah tak berkisah.
Harap kasih jangan rintih.
Cita cinta tak bergunung.
Andai nyawa putus, kasih.
Moga kanda, sayangku masih.

Monday, August 23, 2010

tali dunia::

aku mau bicara tentang tali.


secantik tali,
gari jari-jemari yang cekik diri.
sesedap tali,
yang bisa digigit gigi puaskan rasa hati.
selembut tali,
yang mampu hempas kau ke bumi.
dan sebaldu tali,
yang bisa gantungkan diri.

ini tali mati.



Pautlah di tali Tuhan, yang tak pernah mengecewakan..

Wednesday, August 18, 2010

arah::

di sana mudah
di sini lelah
kau yang pilih gundah
haruslah kau rebah

aku?
menonong tak berarah
leka
berasyikan sendiri
layan emosi



aku tak berhala, tapi punya tuju
aku takda cara, tapi ada semangat jitu
nak ku lari, tak berkaki
nak ku tunggu, gusar dinyah pintu


tak mengapa, aku tau, aku mampu.




Sunday, August 15, 2010

manusia biasa::


jangan lirikkan matamu
kerna aku dak bisa tempiaskannya.

jangan digembleng soalan-soalan
ditanya kenapa begitu! kenapa begini!

kerna tulus; aku tak punya jawabnya.


jiwa berontak lengas
berdeku aku dihamparan
kapan aku boleh rawat dosaku?
mudahkan caraku..ya Allah.

Thursday, August 12, 2010

acception::

In case
U need to smile
Everytime
Anytime

U need to
No choice
Nor voice
Just a smile on

Let off
Tears won't heal
Put a smile on ur heart
and
U won't die hard.

Monday, August 9, 2010

pabila::

pabila tepis titis itu berderai, maaf
ingkar janji aku dulu, bukan
tak kota, cuma aku saja melaknatkan.

pabila bibir mungil itu sengaja
senyum, tak semesti ia rela
terukir, mungkin saja itu
hanya mainan garisan ototku.

dan pabila rasa itu
hadir, tak rela benak memikir,
tak guna jiwa meronta, kerna
aku tahu rasa itu
pasti kamu.

Saturday, August 7, 2010

sembuh::

Tuhan

kuatkan aku
lapikkan dada ku kalimahMu
alaskan pelipat ku dengan kekuatanMu
balut hati aku dengan kasihMu
selimutkanlah aku dengan sayapMu
bangkitkan aku dengan tiangMu

aku perlu Kamu.



p/s: kadang terasa jauh terjunam, lemah tak ada roh.

Friday, August 6, 2010

awardo::


baru menerima award dari Windi's Diary. Tq so much for giving this by meant i supposed it very supportive for new blogger macam saye.. =p


Thursday, August 5, 2010

kiamat::

biar lirih tatang luka, dek seksa dunia 'neraka'
dan biar hati itu sesak kalimat,
dari ruang Barat tak berkat.

Sunday, August 1, 2010

lebihnya::


aku

memang pandai tutup luka
memang pandai sembunyi duka
memang pandai simpan lara.

itu aku.



deskripsi, yang terpatri
mati.

Saturday, July 31, 2010

rindu::

hati berlagu riang
walau ku kau tak pandang
cuma aku mendengar
kelu lidah rasa


nyanyi dalam bilik air~ hahaha..

Thursday, July 29, 2010

favorasi::

Tolong




Lenakan aku
dengan deklamasi mu

Tidurkan aku
dengan senyum mu

Nyamankan aku
dengan lagu hati mu



Satu.

Monday, July 26, 2010

i am::

i am too calm to be shocked

i am too slow to be hectic

i am too tired to be a genius

i am too loud until i didnt hear

i am nothing, hope to be zero

i am done without nothing

i am what is supposed i am



who are you to set me up?

who gives you green light to set me down?

and who are you to regret what i am?

zero to you, one for me.

nothing to loose, nor to share.

you just there, and shut-up!



p/s: untuk orang yang tak menghargai..

Sunday, July 25, 2010

korona::


reduksi, keseluruhnya
harus bikin semua tepat
mapan
takda yang kurang
apa jua lebih ukuran

oklusi muka direduksi
gigi dalam sentuh
tak bersama lagi
jangan bagi kena
jangan biar sama
bur lintangan diatas kuspa

kawasan bukkal ditarah
setakak satu bur 'bahu'
tidak boleh lebih
malah lagi kurang
aksialnya harus pada 1 paksi
ia, paksi gigi

lalu dipindah ke belakangan
palatal pula diratah
ajaib bur chamfer mengerjakan
tapi bukan satu
cuma setengahan

harus dikikis di celah
jangan bagi dampil gigi sebelah
interproksimasi belahan terbuat

hatta
guna bur batu putih
licinkan segala
biar habis semua
biar tak ada celaka

siap! =)

Saturday, July 24, 2010

crown & root debridement::

salam semua.. lama tak update blog ni..walhal seminggu baru.. nothing much to share, tapi entry kali ini cuma mahu bercerita apa yang dibuatnya selama sem baru bermula; 2 minggu lepas. Thus! This entry would be long a bit. (nak baca sila! xnak xpe!) hehe..

so! 1st day dah ada competency test! omaigod~ urghhh.. nasib baik lulus! hehe.. and kami pun menjalani sesi simulasi yang hectic setelah lama bekukan otak kat umah! Nak pegang 'handpiece' pun terkial2..tapi bereh laaa~ sekejap aje dah adapt! eceh.. (handpiece itu adelaa...rotary instrument yg digunekan dentist utk drill2 gigi ye kawan2!). Walau apapun, saya masih melekatkan senyuman sebab saya suka senyum. haih! =)

Sebelum tu, nak kenalkan my housemate yang shantek2..dari kiri, atiqah..jaja..aisyah dan saya lah.. Kami tinggal di rumah for 6 people, but there just 4 of us. wehhuu.. Rumah baru okey, cuma kurang dapur gas aje..(nnt aku bwk ye), tv ade, peti ais ada, mesin basuh pun da ada..hehe..

well, they are good in making frens..luv u alls.. *hugs*




Ini gambar muka kene bangun awal pagi2 hari nak pegi kelas! (xdelah mamai sgt kan?). Usually we're leaving at 7.30 and class started at 8 am everyday~ best kan!!!?? lalalala...haih! Xpe, teruskan perjuangan!! =)) Basically we've BEEN LECTURED bout 5 hours per day! hmm...hmm.. hmm... *hurming je mampu*. Nice!


(sila jangan tengok lama-lama) erkk..

Okeh! This is me in simulation clinic.. Takut tak???!! hehehe.. Dont worry, we're much so much kind than u expect! eceh...hehe.. So, biasalah..masuk clinic, kene pakai white coat..mask..glove.. tak leh pakai barang2 kemas, watch.. dan lengan disingsing supaya lengan baju tidak masuk ke mulut patient..erk! hehe..dan supaya tak la kotor n basah.. =))




In prostodontic simulation, time ni kitorang kena belajar wat preparation untuk 'crown' atau bahasa awamnye..sarung gigi.. Sebab itu dipanggil simulasi...kena pass dulu simulasi, baru leh wat kat real patient! In simulation, kena pakai gigi plastik..which called frassaco model (picture below)

This is frassaco model siap dengan gigi dan gusi sekali. Segala-galanya mengikut anatomi gigi manusia yang betul!! hehe..


To make crown preparation, prior to that, we MUST take impression of the tooth yang kita nak prep.. ini adalah untuk mengukur berapa banyak reduction yang dah dibuat..n juga untuk membuat crown sementara (provisional crown/temporary crown) nanti. Impresi dibuat menggunakan putty index silikon..(as pic below) di mix kan, kemudian di letak ke atas gigi berkenaan dan tunggu sampai set. =))


After it set, kita boleh tanggal putty index ni n tgk balik..okey ke tak.. make sure it records all the anatomy of teeth yang diperlukan! (pic as below)



Kemudian, baru lah sesi meng'drill' gigi..hehe.. untuk buat crown, we must do occlusal reduction about 1-1.5mm.. bevelling a bit at buccal & palatal cusp.. n then reduction at buccal side using shoulder bur kedalaman 1 bur, continued with palatal side using chamfer bur dgn kedalaman setengah bur.. after that, then we can remove interproximally..(dicelah kiri dan kanan gigi). Konklusinya..semua ada ukuran.. kalau terlebih, fail..kalau terkurang, kena tambah lagi..hmm..

erk! mesti tak paham byk kosa kata nih..!!


okey orang terangkan::

occlusal - permukaan oklusi, dimana gigi atas dan bawah bersentuh ketika kunyah/gigit.

buccal - permukaan gigi yang menghadap ke pipi..

palatal - permukaan gigi yang menghadap ke lelangit..

cusp - kuspa, puncak2 gigi yang tajam2 tu..*sila rasa pakai lidah* hehe..

bur - alat besi yang tajam untuk memotong gigi..dimasukkan pada handpiece..



ini gambar setelah siap membuat crown preparation.. menggunakan silicone putty index tadi, kita dapat tengok berapa reduksi yang telah dibuat ke atas gigi.. okey tak?? =)) Doktor kata okey, saya pun okey jela..hihi~

bawah ni gambar gigi yang dah siap di 'prep'.. dpt tgk ia kecik dari biasa.. pastu, gigi ni akan di crown atau sarungkan dgn cantiknya.. =))


(sangat suka gambar ni sebab rasa bersepah2..hahaha..dgn pen nye..buku..model..silicon..haih!!)


FYI, semua kerja mesti dilakukan dalam phantom head ni..(Mr. Patung).. Frassaco model inserted in his mouth..
*seronok patung ni kene belai ngan aku hari2..hahaaha*



In real patient, kena wat provisional crown lepas kita 'prep' kan die.. Provisional crown ni adalah crown sementara/ temporary crown so that xdelah patient pulang ke rumah dgn gigi yang kecik tu! nanti bila makan, patah pulak gigi tu..masalah lain pulak timbul.. Jadi, sementara tunggu crown betul dibuat di makmal (lama jgk la), kite buat provisional crown dulu..


Ini hasilnya.. Ia harus sama seperti gigi yang asal!!!
Cantik tak???hehe.. =) *tengok tangan la~* huk2..


DONE with prostho!!!




Next is perio simulation.. (mesti dah ngantuk kan!!!!)

In summary, perio simulasi ni kerjanye ialah mengumpul gigi2 orang yang penuh dengan calculus atau nama glamornye karang gigi yang hitam2 penuh daki cam batu tu melekat KUAT di gigi...okeh?? Kita tanam pakai plaster dan hasilnye..seperti gambar di bawah!

Kerja kami adalah untuk berlatih menggunakan instrument2 tersebut dan membuang calculus2 yang ada dengan suksesnya!! its called ROOT DEBRIDEMENT. Simulation success rate is 100%..suma org da lepas kot simulasi nih.. hehe..

So, alat2 besi yang berwarna-warni tu di namakan Gracey's curettes, dan ada juga universal curette di situ.. Each has their own numbers and characteristics that are choosenly for some particular teeth..



okey da abish! maaf terlalu panjang~ feeling unwell..pandang laptop pun berpinar-pinar sudah..


-wif love::akubukanpuitis-

Sunday, July 18, 2010

tak ada nanti::

aku bangun, berdoa kerna masih dibangunkan..namun aku tersentak tika aku terkupkan muka meng'amin'kannya..terus aku coretkan ini:


apa agaknya jadi
andai aku mati
nadiku tak berdenyut lagi
jantungku terhenti
mataku tak bisa buka lagi
*senyum*
saja hitung hari
jangan ambil hati
walau hati kalian aku curi

apa yang akan jadi
mungkin
ada yang sorak gembira
ada yang sugul berduka
tapi mungkin ada yang tabur nista
masih..

aku tak ambil hati
tak kecil diri
biar apa yang kalian tumpahkan
bahkan itu yang aku tadahkan


mati itu pasti
cuma kekadang aku rasai
*senyum*


hanya aku yang pergi






Saturday, July 17, 2010

subuh::

dinihari
tersadai aku di beranda
ya..seperti biasa
lihat, intai, kagumi
ciptaan Tuhan
teliti ragam penghuni bumi

tapi
yang paling aku pasti
mata aku tertancap
tinggi ke langit
kepada awanan terkumpul
membentuk kotakan panjang
betul di tengah paksiku

genang air di mata
mulut hambur butiran
kalimatMu
doa apa yang mampu

kerna aku melihat
tertera kalimatMu
Allah SWT, Muhammad SAW
patuhnya awanan padaMu
begitu harusnya aku

betapa aku bersyukur
dipertontonkan keindahan sebegitu
dengan pancainderaku

subhanallah...

Saturday, July 10, 2010

biarkan::

nafas baru

untuk kau hidu
biar resap
setiap penjuru kapilarimu
biar kau hela
sampai ke paru-paru sucimu
biar jantungmu berlagu aku
biar kornea mu ada kilas ku
biar tangan mu ada hati aku

selalu.

Friday, July 9, 2010

teorilusi::

penat
menahan randik jam
tegah berhenti detikan

namun aku
tak bisa tangkal
paksi bumi yang
sentiasa memutar

menerbitkan matahari
menimbulkan kelam kembali

kerna
selama lama
tangan kita
terikat kemas dilangit
kaki terpasak
jauh ke bumi.

coret nurani yang ingkar dunia

epistaxis::

you are red
no else
but red
differ is; dark or pale
darker you, pallor me

i can feel you
draining, walking thru
my nostrils
sometimes

you get blurr
make you reverse
inverted in
passing the throat
stuckin'

oh! get off~

i feel it
i taste it
i hate it, truely
but i used to it already


what are you for??
are you in purposed to do so??
signalling, sick of sign.
why am I..
like this

Tuesday, July 6, 2010

my greeny::

(model pokok yang kelam kabut tak sempat zip beg)



kau takda, aku mati

aku suka kau basah.
sebab
aku siram kau.



green must always green..they give us Oxygen, needed for life..via photosynthesis process. They used carbon dioxide that we exhaled off, and exchange it with oxygen that we need to live. Dont know how much they did for us. But how we pay that? Tebang sana sini pastu berkempen kitar semula. Tapi sampai situ jelah. World wont be cool if they gone; global warming. Let the ice melting, then we'll floating. Kalau float lah, if people yang kaki ayam tak reti berenang macam aku ni? Lambai tangan jelah..

Sunday, July 4, 2010

kau perlu senyum::

putih habis ku sarung
diri tegak, aku dah rasakan ia
takbir, aku masih rasa
kerut dahi tahan segala

ruku' ku, tak sempurna
sujudku tak berupa
sana tak kena
sini tak juga

apa ganjaran Kau beri ini
aku tahan sampai mengalir
air titis ke bumi

sakit.

Tuhan, apa ini..

Friday, July 2, 2010

patient sakit, aku lagi sakit::

al-kisahnye,


tadi patient aku call..tapi x dapat nk angkat sebab tgh wat kerja suri rumah tangga... so aku call balik.. patient, "assalamualaikum doktor, dah naik sem ke?".(tak tau la napa pesakit aku suke panggil camtu pdhal x layak lagi~haihh..)... aku, "waalaikummussalam encik affendi..sy tgh cuti lagi..."


"Call sy ke tadi? ada apa2 ke??"... "Takda apa, aritu doktor kata naik bulan 7, tu sy call..." (alamak, bagusnye patient, tak sempat aku call die da call!)


"Mmmm..yelah. Tapi sy tak naik kelas lagi.. sy dengar khabar angin, klinik tak siap renovate lagi.. mungkin akan siap bulan 9-10 nnt.. so takde klinik lah lagi..." "oh ye ke.."


"Encik affendi sihat ke?? call ni ada sakit mana2 ke?" "sihat aje...xde la sgt, tapi gigi belakang yg berlubang ni sakit kadang2, tapi okey je lagi..." (recall balik! gigi mane yep~ huuu..)


"Gigi yg lubang tu ye..takpe la mcm tu..nnt kite buat.. kalau da confirm klinik start bila, sy inform and bgtau next appointment.. 0k?"


"ok..terima kasih ye doktor, assalamualaikum" "sama2, waalaikummussalam wtb"


NAK DIKISAHKAN KLINIK YANG TAK SIAP2 RENOVATE LAGI MENGUNDANG PARAH!!!
naik sem nanti mungkin akan lecture je...takde klinik..
nanti klinik dah siap, MARATHON CLINIC pulak!!
kelam kibut nak cukupkan requirements dan patients2...
no time! no rest! but mess!
harap jgn la susah sgt nnt..
sabar ye patients2 ku..mmm..




aku tiupkan niat ku
diatas jari-jemari kurniaMu ini
sama rasa paling kerdil
moga jalan terbentang
luas dilapangi
moga onar tak berbahagi tuk pergi
berkatilah aku Tuhan


permudahkan caraku untuk bantu orang lain






Thursday, July 1, 2010

semangat pagi::


riak kamu, buat aku tersenyum sendiri. =))

terima kasih

Wednesday, June 30, 2010

perutusan Tuhan::

Tuhan..

utuskan malaikat pada aku

ada yang harus aku beritahu

"moga semua selamat"

andai itu Kau qada' dan qadarkan

aku akan cuba..

buatkan aku senyum

walau tak mampu aku ukirkan


amiin~

Tuesday, June 29, 2010

hiprokrisi lena::

tidur aku tak lena
acapkali terjaga
acapkali putus mimpinya
nak disambung tapi lupa!

tidur aku tak lena
bagai ditindih sebiji dunia
bagai menongkat langit berat
bagai menganyam jerami bersirat

ada kamu dalam pejamku..


berjumpa denganNya, wajib.


Monday, June 28, 2010

terbang tinggi::

maaf.

aku kotor.


jauhi aku..

Sunday, June 27, 2010

ceri-beri::

Egois pathogen yang tak kebah, mampu bikin homo-sapien rebah.


tunggu pelangi petang pulang..... boleh buat aku shut-down! *sigh*

Saturday, June 26, 2010

hell hols::

kalau dapat ku
genggam rumput-rumput di bumi
lama sudah aku tarik
aku racik-racik
campak ke langit
langit pulang balik
jatuh atas aku sendiri
*sigh*

kalau dapat aku
sepak-sepak pasiran di pantai
nescaya aku akan gulingan disitu
tidur sampai kulit hitaman

bosannya hidup
hanya tau bazirkan masa
harini berlalu, aku tunggu esok datang
esok dah datang, aku tongkat dagu ke awan
dah lusa pula.

argghhh! *capai buku*
wake up dear!!!!!!!!!!!!


banyak yang perlu dibuat, tapi aku masih lengahkan waktu itu..

Friday, June 25, 2010

tiup meniup::


Entri ni patutnye da post last week, tapi kekangan masa yang dihadapi, dengan niat tulus murni nk mengedit-edot gambo2 ni...so lambat sket la die kuar...

as seen on the picture kat atas ni, kek untuk ABAH ngan adik FAIZ..sempena hari bapa and ari jadi budak bongsu yg beso ni..

banyak la citer disebalik nak seleberet mende nih..xmo citer..nnt sedey~ uhuk2...

nothing much from me..tapi just hope my family always happy~ (^-^)*... nak harap turn aku dapat kek..sgt harapan laa~memang xde la kan..hik2..

just bought my FEVRET cake, BANANA CHOC yang so yummy...

last word, happy father's day abah; u're the greatest man i've known in the world.. (setakat nih xde laki len challenge lagiK!!)

and happy birthday faiz...i always pray the best for you as you wish to be like me too.. kamu kan adek! usaha tangga jaya~





(time kami berempat gi beli kek~)

Thursday, June 24, 2010

mati makan senyummu::


mulut terkatup rapat
hati tersenyum bunga
jasadku dah terbang ke awanan barangkali
rohku garu kepala menanti

"nanti aku pulang ya! nanti kita bersatu semula"
pesan jasad pada roh..

*terlalu gembira...*

Wednesday, June 23, 2010

awards:: weehuuu~




aiyark~~~ aku baru menapak beberapa tapak...tak sempat guleng2 lagi dah dapat award kah!!!
hahahaha... org dah bagi kene terima~kerna sesungguhnye org yg memberi lebih mulia dari yg menerima...so aku terima lah~ ewahhh!

tQ sebesor-besornye kat cik LaVeNdrA (kompius mana 1 capital letter!!) ngan cik PrincessKawaii kerne menganugerahkan patik yang baru bertatih ni award~ mika berdua memang best! hik3..

so yang merah ni dari princesskawaii kite.. dan yang bebola comel ni dari lavendra... =))

aku tak pasti kene jawab ke idak soklan2 tu~ tapi aku cuba jawab dgn ringkasnye ye!!!

Kenapa anda suke blogging?
sebab ni je yang ade

Adakah anda bahagia dengan kehidupan anda sekarang..?
alhamdulillah~ =))

Apakah impian anda 5 tahun akan datang?
dah jadi dentist yang bagus, dah berkeluarga insyaAllah, dapat memberi kebahagiaan pada keluarga, suami, babies, dan suma... *waaa...suke3*

Siapakah orang yang anda mahu sentiasa ada disisi anda..?
anda

Sila beri award ini kepada 5 orang yang anda suka..
suma yang bace~ *lebih pon takpa!!!*

Beri pendapat kamo tentang award ini..
shantek dan shomel!!! XD


**thanx korank!!!!**