**if u can't give any goods to other, please don't give trouble neither**

WELCOME!!!

tengs follow. =)

Wednesday, November 10, 2010

a bunch of thanx!!::


wahai akubukanpuitis,
lenggok bahasamu indah dibaca, lekat di jiwa, susun ayatmu membawa makna, menyentuh rasa, lalu mengajakku hanyut bersama dalam buaian kata-kata,
bermain di pinggir gelora kalbu...


wahai akubukan puitis,
puisiku lama sudah berkubur, tenggelam dalam onar dunia...
timbulnya sekali-sekala hanya untuk mencuri nafas sehela dua...
aku rindu puisiku setelah ku merenung bait-bait puisimu...

wahai akubukanpuitis,
ikhlas sungguh bicaramu, putih sungguh hasratmu...
mahu mendekati Yang Esa dalam cara yang berbeza...
mengagung kurnia-Nya terhadap hamba yang lemah...
tafakurmu dalam kesyahduan syair nukilanmu benar-benar menginsafkan dirik u...
yang juga amat rindu pada Yang Satu...

wahai akubukanpuitis,
terima kasih atas budimu...
menghembus nyawa pada puisiku...
mengusik manja naluri insani...
dan kini aku berani...
berani berpuisi lagi...

-Michiko Ohara-


dia telah mengarangkan ayat-ayat ini buat aku. terima kasih setinggi langit!!! =)

10 comments: