**if u can't give any goods to other, please don't give trouble neither**

WELCOME!!!

tengs follow. =)

Wednesday, June 23, 2010

gawal aku::


kau karang dusta
kau cipta celaka
kau bikin sengketa
kau dagang cerita
segala dibuat mana motifnya?
tidak seimbang, tiada timbang taranya



dah puas gelinjang??
atau kau mahu gelintang??

bila mahu rubah?
bila mahu ubah?
mungkin bila kau rebah




aku dajat tak mahu kau merempat..

saat itu,
baru nak bentang sejadah
gayuk butir tasbih terikat
mulut kumat-kamit penuh kalimat
bila mahu sadar?
tunggu separuh sedar?



mau tunggu awan cium bumi?
mau tunggu bulan terbahagi?
atau kau
mau syamsu terbit barat?
mau laut jadi darat?

TIDAKKK
usahlah..
takut tak sempat!
tutup habis pintu taubat
usahlah...
cepat! jangan sampai tertelat.


p/s: nota untuk diri sendiri yang penuh khilaf.. aku bukan malaikat, tanpaMu aku hidup keparat, melarat tak bertempat. Aku pinjam segalanya milikMu.. Ampuni aku Ya Rabb...

11 comments:

  1. lebarkan sayap saprah putih,
    tutupi hamparan baldu,
    sujud kaku tunggu,
    biar mutiara gugur linangi dosa.

    aku insan hina, mampu ungkap ampuni dosa,
    yang selalu alpa, kain putih penuhi titik hitam.

    malu aku ngaku umat, kerna tersisih bersama dosa.

    aku reda balasan mu......aku akui aku umat yg berdosa

    ReplyDelete
  2. kalau nak komen sini, tapi tak bentuk puisi boleh tak? tak pandai laaa...


    em...harap Tuhan bantu bersihkan hati kita..

    ReplyDelete
  3. haha..alaa comel nye...boleh la tweety~ xkesah pon... =p

    ReplyDelete
  4. kita memang byk kekhilafan diri
    -,-"
    semoga Tuhan ampuni..

    ReplyDelete
  5. betui3~~ hik3.. =p

    aLy,smpai skang x dpt nk polow kamu..x jmpe butang~ wahahaha...

    ReplyDelete
  6. amiiinnn~

    ::itu bukan pic kamu kn?hehe

    ReplyDelete
  7. terasa insaf dengan kata2 itu..
    semoga apa yan kita buat sentiasa berada di jalan yg benar.
    Jalan yang diredha Allah. Amin

    ReplyDelete
  8. mosyuki borhan: amiin~~ haruslah bukan...jariku yg comel berdarah2 digeget ikan rakusmu~ hahaha..

    princesskawaii: insyaAllah.. thanx sudi bace! =D

    ReplyDelete
  9. wah! seram aku dengar~~~ grrrrr... hahaha... =p

    *maaf mosyuki*

    ReplyDelete