**if u can't give any goods to other, please don't give trouble neither**

WELCOME!!!

tengs follow. =)

Wednesday, March 16, 2011

pemerhati dalam gelap::

sang pemerhati dalam gelap;
tanpa lampu, tanpa zarah cahaya;
telus dia meraba.
dikerlip mata, melihat tembus dari cahaya.

dia pemerhati dalam gelap.
dalam berita, tak terkhabar suara.
dalam riuh, dia bisu takda kata.
dalam aksi, dia masih ketawa.
tapi diamdiam sahaja.
--kerna dia pemerhati dalam gelapgelap sahaja.

riaknya, egonya, sukanya, dalam diamdiam sahaja.
tapi aku tahu dia pemerhati dalam gelap yang setia.
ombak hatinya mungkin berbeda skala,
tapi rasanya tetap sama. tetap serupa.

dia, hanya perhati dari jauh sahaja..

nak diperosok, tak mahu digelar penakut.
nak ditimbuli, tak mahu diketahui.
dan dia cuma pemerhati dalam gelap saja.

2 comments:

  1. pemerhati dalam gelap selalu buat kita keliru =(

    ReplyDelete
  2. hurmm ade kah pemerhati itu hipokrit? ^^ bila nak jadi model ni..
    ^^

    ReplyDelete