**if u can't give any goods to other, please don't give trouble neither**

WELCOME!!!

tengs follow. =)

Tuesday, March 8, 2011

sebelum kiamat::

bumi ini sedang merintih,
menangis.
pokok-pokok sudah dahaga air yang jernih.
bukan baja-baja sampah manusia durjana.

takung-takung air yang berketinggian itu, adalah hasil cairan salji yang sepatutnya membeku.
ikan-ikan pula inginkan rumah yang aman tanpa kimia dan toksik.
haiwan-haiwan perlu rumah berlitup hijau, bukan bangunan yang dipangkah cerucuk menusuk bumi.
dan awan itu sudah penat menyelimut bumi dari matahari yang semakin dekat menghimpit diri.

percayakah?
manusia itu telah berjaya mengkiamat dunia sebelum Tuhan meranap segala.
sebelum kiamat.
sebelum kiamat.
sebelum kiamat.
itu durhaka bukan?

5 comments:

  1. manusia dangkal..atas sifat mereka..
    tpi bukan mereka yg bergelar "Ulil Albab" dan "Ulil Absar" :)

    ReplyDelete
  2. Mereka hanya fikir utk nikmati tika ini...
    Bukan fikir nikmati selamanya....

    Mereka lupa janji mereka sebagai khalifah di muka bumi ini...
    Yang janji mereka sebelum jejaki di bumi Maha Pencipta ini...

    ReplyDelete
  3. singgah baca entry kat sini...nice entry...

    ReplyDelete
  4. kerana terlalu mengejar kemajuan dan kekayaan
    manusia lupa dunia ni cuma dipinjamkan

    ReplyDelete