**if u can't give any goods to other, please don't give trouble neither**

WELCOME!!!

tengs follow. =)

Tuesday, January 18, 2011

kau terlupa aku terluka::

dan hari ini, air mata aku lilas.
kering.
aku menangis lagi. tanpa desakan mahupun asakan.

untuk keberapa kalinya mental ini didera.
ya, aku tertekan.
tertekan.
tertekan.
tak lagi aku memikir masa depan yang berpangkal Dr. di depan.
tak lagi aku menakuk-nakuk lagi setahun lebih akan berguling dengan gulungan ijazah.
aku tak lagi menyesakkan otakku dengan pesakit-pesakit yang perlu dirawat.
tidak.

perihalnya aku sangat..
tak larat.
tapi bila mata ini dibayang kilas mama abah, aku rebah.
apa lagi cerita nak dicanang anak daranya seorang ini.
harapan mereka tak tertanding campuran seluruh gunung di bumi.
seluruhnya.
kau kira.


sampai bila.

dapat bayangkah kau apa yang aku rasa?

6 comments:

  1. jgn putus asa selagi nyawa d kandung badan!

    ReplyDelete
  2. bukan senang nak senang...
    dan bukan susah mahu jadi susah

    ReplyDelete
  3. tekanan belajar?
    aku pun pernah rasa sama
    paling teruk, aku hampir mohon berhenti belajar..
    dan aku dikuatkan dengan harapan family
    cuba bangun sendiri
    dan bila dapat hasilnya
    suatu kelegaan..
    walaupun tak sama seperti yang ditargetkan
    [=


    *nah cekelat 1 balang

    ReplyDelete
  4. time kasih semua...
    doakan wani. yep

    ReplyDelete