**if u can't give any goods to other, please don't give trouble neither**

WELCOME!!!

tengs follow. =)

Tuesday, January 18, 2011

kau terlupa aku terluka::

dan hari ini, air mata aku lilas.
kering.
aku menangis lagi. tanpa desakan mahupun asakan.

untuk keberapa kalinya mental ini didera.
ya, aku tertekan.
tertekan.
tertekan.
tak lagi aku memikir masa depan yang berpangkal Dr. di depan.
tak lagi aku menakuk-nakuk lagi setahun lebih akan berguling dengan gulungan ijazah.
aku tak lagi menyesakkan otakku dengan pesakit-pesakit yang perlu dirawat.
tidak.

perihalnya aku sangat..
tak larat.
tapi bila mata ini dibayang kilas mama abah, aku rebah.
apa lagi cerita nak dicanang anak daranya seorang ini.
harapan mereka tak tertanding campuran seluruh gunung di bumi.
seluruhnya.
kau kira.


sampai bila.

dapat bayangkah kau apa yang aku rasa?

Sunday, January 9, 2011

masih::


seputih kumulus, segebu nimbus
zahirnya disitu meredupkan terik sang matahari.

nak dicapai, terlalu tinggi.
nak ditiup, berlari sendiri.

dan meski aku daki tempat yang paling tinggi,
masih kau tak dapat aku pegangi.

Wednesday, January 5, 2011

kapital letter R::

awak..
mm..tolong.
boleh tak...? :(


*diam*

nak balik rumah... :(
rindu.
rasa lama tak balik rumah..

rindu mama abah..

takut tak sempat nak balik..
mmm..
rasa nak jumpa mama
abah..
nak cium diorang..
nak peluk diorang.....

adik-adik..
abang-abang..
tokmak..
lama tak jumpa.. :(


*mmmm....air mata ni tak berenti dah.. :'(*


diorang rindu saya tak?
mmm..

diorang lupa dah kot. hmm..
tapi rasa diorang rindu.

nanti awak pun rindu.
percaya taw!!
cakap betol ni.


*diam*


takpelah..nanti kite balik...
jumpa dorang.
kite pegi tak lama..
nanti kita jumpa semula.
ya. *harap2*








Tuesday, January 4, 2011

tak tahu nak kata::

nak kata marah..
tidak.

nak kata benci..
belum lagi.

nak kata rindu..
*ermm..*
maybe!


nak kata sayang..
*simpan dalam hati* :)

nak kata jeles..
ada sikit.*ehe~* ;p

nak kata tak kisah..
kau pandang jugak.

nak kata pergi..
janganlah.

nak suruh diam..
tak senang hati.

nak kata pelik..
ya!
sangat pelik.


nak kata satu..
jadi dua.
nak kata 'aku'..
ada dia. :)

tak tahu nak kata.

Saturday, January 1, 2011

you::

u are too nice to be fooled..
nor u are too shy to be hold..

u are too sweet to be eaten..
nor u are too delicious i couldn't bear..

u're my angle, u're my soul.
u are the deepest sea of my love.

u'd be my tears, u'd draw my smile.
u'll be my ring and i'll carried by.

u pick my heart and clean it up.
u care myself as i'm not growing up.
i do nothing but i does actually.
it just not me, but it's me.
=)

Sunday, December 26, 2010

langkah bernyawa::

*erm...*

cuba kau terapkan
satu langkah kakimu bertapak, memijak
dengan satu pujian pada Allah.
Setiap kaki yang dikerakkan atas bumi itu
pasti 'bernyawa'.

dan tidak terlambatkan? sebelum seluruh anggotamu
yang bergantian menjadi kerakan di dalam bumi.



Langkah bernyawa.
Tak susahkan? =)
Aku percaya, ia lebih bermakna.

insyaAllah..

Monday, December 20, 2010

perca::

biarpun hatiku kau siat bagai kain perca,
aku akan simpan sisanya sampai
kau datang dan anyam semula menjadi
cinta.

maha::

Aku berzikir di atas zat-zatMu.
Meratap setiap tinggi sifat-sifat itu.
Yang Maha segala suatu.
Dan aku ini ibarat zarah paling kerdil yang terlalu dikit bagi Kamu.
Maka serakkanlah sifat mahmudahMu.
Dan terapkan dalam jiwa kudusku.
Tak tertadah segala langit menempiaskan kurnia nikmatMu.

Kau segala Maha..

Tuesday, December 14, 2010

kelibat::

jika kau diutuskan untuk aku
dan tujuan mu untuk memesongkan aku.
maka pergilah!

jika kau tidak mahu.
jangan kata aku tak mampu menundukkan mu.

kerna aku berdiri di atas teras Illahi.
Tuhan kepada kamu.
dan berkat kurniaNya kepada aku.
tubir ayat-ayat suciNya, bersamaku.
dan Dia bersama aku.

dan jika kau hanya datang untuk melihat
singgah.
haruslah kau beredar dengan aman.
jangan ganggu kami sekalian anak cucu adam.
jangan sesarkan kami dari pedoman.
dan jangan kau sekali lakukan.

Pulang pada Tuhanmu..Lailahaillallah..
Tiada Tuhan yang disembah selain ALLAH.
Pergilah.


moga yang ternampak kan hilang, dan yang tidak ternampak kan terlindung.
Lindungi kami Ya Allah.

paling lama::

aku pandang dia..
dalam-dalam.
aku lihat dia..
lama-lama.
cantik...
aku renung dia, lama-lama.
seolah berkurun tak jumpa..
aku tenung dia, lama-lama.
bagai esok hujung nyawa..


Yang paling lama..
Yang paling lama..