**if u can't give any goods to other, please don't give trouble neither**

WELCOME!!!

tengs follow. =)

Monday, February 21, 2011

percaya::

percayalah,
bahawa setiap kita diuji dengan cara yang berbeza.
ada kesusahan yang aku alami, dan pasti ada juga kesukaran yang kau tempuhi.

Dia tidak menguji hambaNya dengan dugaan yang berat dari kemampuan mereka.
dan kita bukan tidak disayangi jika diberi uji, malah kita yang selalu diperhati.

kerna dengan ujian,
-kita lebih dekat padaNya,
-kita lebih panggil Dia,
-kita sering ingat Dia.



dan percayalah..
bahawa awan itu tak selalu cerah,
-yang hidup itu tak sentiasa mudah,

bahawa pantai itu sentiasa ada ombak,
-yang jalan kita tak selalu tegak,

bahawa angin itu tak selalu sepi,
-dan kita juga tak terlepas diuji,

dan bahawa bulan pun ada gerhananya,
-bagi setiap tawa itu pasti ada air mata.

kita cuma perlu percaya seniNya melukis hidup kita. =)

8 comments:

  1. itu ku rasa selama ini

    ReplyDelete
  2. ya..aku sedang melangkah, menari ikut rentakNya. =)

    terimas semua! ^^

    ReplyDelete
  3. benar... sungguh benar dan begitulah hidup... hentinya ujian tika hentinya jantung berdegup... ujian menduga, ujian juga memberi bahagia, terpulang dari sisi mana kita melihat dan menghayatinya...

    ReplyDelete