I've not eaten my chocolate in the fridge. i promised it was hard like stone. as hard as ur heart when it's cold. but u know how damn much i love it ...when it's melt on my hands. i suck my thumbs. lick my fingers. just to sure nothing's left.
ini nota yang perlu ditelan dalam masa 2 minggu ini tanpa study week.
terima kasih!
takut, tapi ia pasti tiba.
aku tiupkan niat ku diatas jari-jemari kurniaMu ini sama rasa paling kerdil moga jalan terbentang luas dilapangi moga onar tak berbahagi tuk pergi berkatilah aku Tuhan
permudahkanlah ya Rabbi, permudahkanlah ya Rahman, permudahkanlah ya Rahim..
aku tak punya timbunan harta belanar, dan aku juga tak punya rantaian permata nak diberi untuk bahagiakan kamu.. tapi aku cuma ada hati yang sayang kamu selalu, dan riaklah, kerna kamu lelaki yang punya tempat paling tinggi dalam hati aku.
wahai akubukanpuitis,
lenggok bahasamu indah dibaca, lekat di jiwa, susun ayatmu membawa makna, menyentuh rasa, lalu mengajakku hanyut bersama dalam buaian kata-kata, bermain di pinggir gelora kalbu...
wahai akubukan puitis,
puisiku lama sudah berkubur, tenggelam dalam onar dunia...
timbulnya sekali-sekala hanya untuk mencuri nafas sehela dua... aku rindu puisiku setelah ku merenung bait-bait puisimu...
wahai akubukanpuitis,
ikhlas sungguh bicaramu, putih sungguh hasratmu...
mahu mendekati Yang Esa dalam cara yang berbeza...
mengagung kurnia-Nya terhadap hamba yang lemah...
tafakurmu dalam kesyahduan syair nukilanmu benar-benar menginsafkan dirik u... yang juga amat rindu pada Yang Satu...
wahai akubukanpuitis,
terima kasih atas budimu...
menghembus nyawa pada puisiku...
mengusik manja naluri insani...
dan kini aku berani... berani berpuisi lagi...
-Michiko Ohara-
dia telah mengarangkan ayat-ayat ini buat aku. terima kasih setinggi langit!!! =)
boleh lemas aku dalam kepulan racun itu asap yang punya lebih 4000 kimia bahaya yang disedut enak terus ke liang paru dan dihembus bangga tanpa secalit rasa ragu
dan biarkanlah orang keliling ini lelah biarkanlah para ibu yang mengandung itu cacat janinnya biarkanlah anak-anakmu mati muda dan kau saja yang bernyawa dalam dilema. dan tak salahkan kalau kau bunuh kami semua? kau saja punya jawabnya.
lagak gadis biasa senyum wajib lekat dimuka gigi gusi belakang kira semua perfect baginya alis mata tak berat bibir cantik tak pekat yang penting kulitnya mulus hebat.
lagak gadis biasa badan tak giur, tak penuh lekak, tak penuh lekuk namun masih keperempuan susuk baju molek tak lekat ditubuh jeans lusuh tapi tak sobek tak cukup gaya dipikir tak indah mata nak dilihat.
sehelai Pashmina tertadah dibahu sekala terurai tak berdeku selalu diangkat semula memarkir sambil senyum manis diukir.