**if u can't give any goods to other, please don't give trouble neither**

WELCOME!!!

tengs follow. =)

Friday, July 2, 2010

patient sakit, aku lagi sakit::

al-kisahnye,


tadi patient aku call..tapi x dapat nk angkat sebab tgh wat kerja suri rumah tangga... so aku call balik.. patient, "assalamualaikum doktor, dah naik sem ke?".(tak tau la napa pesakit aku suke panggil camtu pdhal x layak lagi~haihh..)... aku, "waalaikummussalam encik affendi..sy tgh cuti lagi..."


"Call sy ke tadi? ada apa2 ke??"... "Takda apa, aritu doktor kata naik bulan 7, tu sy call..." (alamak, bagusnye patient, tak sempat aku call die da call!)


"Mmmm..yelah. Tapi sy tak naik kelas lagi.. sy dengar khabar angin, klinik tak siap renovate lagi.. mungkin akan siap bulan 9-10 nnt.. so takde klinik lah lagi..." "oh ye ke.."


"Encik affendi sihat ke?? call ni ada sakit mana2 ke?" "sihat aje...xde la sgt, tapi gigi belakang yg berlubang ni sakit kadang2, tapi okey je lagi..." (recall balik! gigi mane yep~ huuu..)


"Gigi yg lubang tu ye..takpe la mcm tu..nnt kite buat.. kalau da confirm klinik start bila, sy inform and bgtau next appointment.. 0k?"


"ok..terima kasih ye doktor, assalamualaikum" "sama2, waalaikummussalam wtb"


NAK DIKISAHKAN KLINIK YANG TAK SIAP2 RENOVATE LAGI MENGUNDANG PARAH!!!
naik sem nanti mungkin akan lecture je...takde klinik..
nanti klinik dah siap, MARATHON CLINIC pulak!!
kelam kibut nak cukupkan requirements dan patients2...
no time! no rest! but mess!
harap jgn la susah sgt nnt..
sabar ye patients2 ku..mmm..




aku tiupkan niat ku
diatas jari-jemari kurniaMu ini
sama rasa paling kerdil
moga jalan terbentang
luas dilapangi
moga onar tak berbahagi tuk pergi
berkatilah aku Tuhan


permudahkan caraku untuk bantu orang lain






Thursday, July 1, 2010

semangat pagi::


riak kamu, buat aku tersenyum sendiri. =))

terima kasih

Wednesday, June 30, 2010

perutusan Tuhan::

Tuhan..

utuskan malaikat pada aku

ada yang harus aku beritahu

"moga semua selamat"

andai itu Kau qada' dan qadarkan

aku akan cuba..

buatkan aku senyum

walau tak mampu aku ukirkan


amiin~

Tuesday, June 29, 2010

hiprokrisi lena::

tidur aku tak lena
acapkali terjaga
acapkali putus mimpinya
nak disambung tapi lupa!

tidur aku tak lena
bagai ditindih sebiji dunia
bagai menongkat langit berat
bagai menganyam jerami bersirat

ada kamu dalam pejamku..


berjumpa denganNya, wajib.


Monday, June 28, 2010

terbang tinggi::

maaf.

aku kotor.


jauhi aku..

Sunday, June 27, 2010

ceri-beri::

Egois pathogen yang tak kebah, mampu bikin homo-sapien rebah.


tunggu pelangi petang pulang..... boleh buat aku shut-down! *sigh*

Saturday, June 26, 2010

hell hols::

kalau dapat ku
genggam rumput-rumput di bumi
lama sudah aku tarik
aku racik-racik
campak ke langit
langit pulang balik
jatuh atas aku sendiri
*sigh*

kalau dapat aku
sepak-sepak pasiran di pantai
nescaya aku akan gulingan disitu
tidur sampai kulit hitaman

bosannya hidup
hanya tau bazirkan masa
harini berlalu, aku tunggu esok datang
esok dah datang, aku tongkat dagu ke awan
dah lusa pula.

argghhh! *capai buku*
wake up dear!!!!!!!!!!!!


banyak yang perlu dibuat, tapi aku masih lengahkan waktu itu..

Friday, June 25, 2010

tiup meniup::


Entri ni patutnye da post last week, tapi kekangan masa yang dihadapi, dengan niat tulus murni nk mengedit-edot gambo2 ni...so lambat sket la die kuar...

as seen on the picture kat atas ni, kek untuk ABAH ngan adik FAIZ..sempena hari bapa and ari jadi budak bongsu yg beso ni..

banyak la citer disebalik nak seleberet mende nih..xmo citer..nnt sedey~ uhuk2...

nothing much from me..tapi just hope my family always happy~ (^-^)*... nak harap turn aku dapat kek..sgt harapan laa~memang xde la kan..hik2..

just bought my FEVRET cake, BANANA CHOC yang so yummy...

last word, happy father's day abah; u're the greatest man i've known in the world.. (setakat nih xde laki len challenge lagiK!!)

and happy birthday faiz...i always pray the best for you as you wish to be like me too.. kamu kan adek! usaha tangga jaya~





(time kami berempat gi beli kek~)

Thursday, June 24, 2010

mati makan senyummu::


mulut terkatup rapat
hati tersenyum bunga
jasadku dah terbang ke awanan barangkali
rohku garu kepala menanti

"nanti aku pulang ya! nanti kita bersatu semula"
pesan jasad pada roh..

*terlalu gembira...*

Wednesday, June 23, 2010

awards:: weehuuu~




aiyark~~~ aku baru menapak beberapa tapak...tak sempat guleng2 lagi dah dapat award kah!!!
hahahaha... org dah bagi kene terima~kerna sesungguhnye org yg memberi lebih mulia dari yg menerima...so aku terima lah~ ewahhh!

tQ sebesor-besornye kat cik LaVeNdrA (kompius mana 1 capital letter!!) ngan cik PrincessKawaii kerne menganugerahkan patik yang baru bertatih ni award~ mika berdua memang best! hik3..

so yang merah ni dari princesskawaii kite.. dan yang bebola comel ni dari lavendra... =))

aku tak pasti kene jawab ke idak soklan2 tu~ tapi aku cuba jawab dgn ringkasnye ye!!!

Kenapa anda suke blogging?
sebab ni je yang ade

Adakah anda bahagia dengan kehidupan anda sekarang..?
alhamdulillah~ =))

Apakah impian anda 5 tahun akan datang?
dah jadi dentist yang bagus, dah berkeluarga insyaAllah, dapat memberi kebahagiaan pada keluarga, suami, babies, dan suma... *waaa...suke3*

Siapakah orang yang anda mahu sentiasa ada disisi anda..?
anda

Sila beri award ini kepada 5 orang yang anda suka..
suma yang bace~ *lebih pon takpa!!!*

Beri pendapat kamo tentang award ini..
shantek dan shomel!!! XD


**thanx korank!!!!**