**if u can't give any goods to other, please don't give trouble neither**

WELCOME!!!

tengs follow. =)

Saturday, October 30, 2010

Monday, October 25, 2010

mencari::

penat merenung tembus ke langit mencari hangat si syamsu panas.
namun dia hanya perkhabarkan beritanya melalui sang bulan yang dingin.

Wednesday, October 20, 2010

dustakan aku::

dustakan saja hatimu yang merintih rindu.
katupkan saja mulutmu dari menasbih namaku.
putihkan matamu dari picisan wajah aku.
layankan saja egois lelaki selagi mau.

dan kau boleh..
simpankan aku dalam gerobok yang kau sorok paling dalam
atau biarkan saja aku hanyut di lautan penuh yu, nescaya aku takkan timbul.

Sunday, October 17, 2010

osmosis::

Bila otak ini sudah kering berkerakan akibat badai osmosis yang menggila dikeliling larutan pekat persis asid hidroklorik terhipertonik. Otak ini tertiarap berhenti denyut seketika.

Lagak bercerita baru yang tapi dak ada isi baliknya.

post ini takda cerita, tak perlu baca.

Thursday, October 14, 2010

sempurna::



Padahal yang ternampak segala kecantikan, kelebihan dan kesenangan padanya,
percayalah dia juga tak sesempurna mana.
Dan mungkin yang terkurang itu bukan tanda mereka kurang cantik,
cuma mereka kurang menzahirkan dengan sempurna sahaja.
Dan mereka yang cantik dan lengkap itu masih merendahkan akan kesempurnaan itu,
kerna mereka tahu, penciptanya mesti berjuta kali cantik darinya.

Allah Maha Adil..Allahua'lam.
tiada yang sempurna melainkan DIA.

Monday, October 11, 2010

termutlak::

maka dihimpun tujuh air mutlak di dunia.

"air yang suci lagi menyucikan.."

air hujan;
air sungai;
air laut;
air perigi;
air mata air;
air embun;
dan air salji.


Yang mana mampu sucikan diri ini....?
Yang termutlak.




Ampunkan aku Ya Hayyu, ampunkan aku Ya Qayyum..

Wednesday, October 6, 2010

wanita angin::

Gemini(22 Mei-21 Jun)
Libra(24 September-23 Oktober)
Aquarius(21 Januari-19 Februari).

  • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  • Dikenali dan diingati dgn sifat romantis dan sedikit kebudak-budakan.


Aku tergolong.
Soalnya, betulkah? =)



link to hana.

Tuesday, October 5, 2010

terima kasih::

Setelah berpuluh carta kau cipta,
akhirnya kau lelah menunggu.

Pergilah.tak apa..

Monday, October 4, 2010

akomodasi kekurangan::

ada satu perkara
yang aku fikirkan
mundar-mandir
belenggu aku, ekori selalu.

perkara ku kira paling besar
besarnya mampu tolak semua
kamu..

cinta

yang bila terbongkar itu,
dan ketahui aku akannya,
satu picis tak ku terima,
satu picis takkan ku terima,
satu picis tak aku akan terima..

satu hati pun tak ada,


hanya Dia.

Saturday, October 2, 2010

...

"jika aku tiada untuk menjaganya,
maka Kau lihat-lihatkanlah dia.."

Friday, October 1, 2010

magnetik::


"aku punya magnet kuat untuk hati besi kamu.."

"biar kutubnya beda, pasti terpaut jua"